a proud member

GRYFFINDOR
{ wear }

8.2.12

39.


Ada sorang budak perempuan nih, kecik lagi, umur dalam lingkungan 9 tahun. Rajin! Setiap hari bangun awal pagi. Lepas cuci muka, berus gigi, terus melangkah ke arah meja belajarnya. Satu-satu helaian mukasurat buku sekolah dia belek, teliti setiap benda. Sekali-sekala dia pandang ke luar, tengok mama dia tengah jemur baju. Dia teringin jugak tolong mama dia jemur baju, tapi dia tau dia tak cukup tinggi lagi. Tak sampai bila capai tali ampaian. Nanti mama senyum-senyum lagi panggil dia 'si kemetot'. "Mama tunggu Angah besar sikit lagi, nanti boleh sampai tali ampaian tu", si budak kecik bermonolog lalu sambung baca buku. Sambil-sambil tu dia terdengar bunyi pungpang pungpang mama dia di dapur tengah siapkan sarapan. Senyum-senyum sendiri sebab tau hari ni ada mama punya homemade roti canai! Its a Sunday, after all. And she definitely saw her mum busy making the dough yesterday evening. Sedapnyaaa tu! Eh nanti dulu, habiskan dulu baca buku. Sikittt lagi! 


"Angahhh, breakfast siap suda. Panggil ayah dengan along di atas, tapi jangan sampai adek terbangun okay?", mama panggil dari dapur. Si budak kecik laju menjawab "Okay ma!", sambil tersengih fikiran melayang pada roti canai panas-panas. Pantas dia lari naik tangga, dua anak tangga setiap langkah. Tak sedar diri kaki pendek betul budak kecik nih. "Ayah ayah, breakfast siap sudah, jom makannn! Mama buat roti canai!", separa berbisik dia bagitau ayah dia sebab tak mahu adek keciknya terbangun. Tapi sebelum keluar dari bilik mamayah, sempat dia pergi cium sikit pipi tembam baby comel yang sedap tidur tuh. Ayah geleng-geleng kepala, si budak kecik 9 tahun sengih nakal. "Haa.. panggil along di bilik", ayah ingatkan si budak kecik yang dalam kepala hanya teringat roti canai sampai lupa kakaknya belum dipanggil. Buka pintu bilik kakak dia, laju cakap, "Alongroticanaisiapsudahkalaulambatturunangahhabiskannn!". Lari turun tangga laju-laju. Bunyi macam anak gajah pun ada, satu rumah bising. Mama dari dapur bising, "Pelan-pelan di tangga tu, jatuh nanti, roti canai ni bukan boleh lari mana-mana pun!" Sengih lagi si budak kecik di depan pintu dapur. Siapkan meja makan, letak alas, pinggan cawan semua, lepastu duduk. "Cuci tangan sudah?", mama tanya. "Eh, belum.", jawab si budak kecik. Ayah senyum sambil geleng kepala, "Tak lari roti canai ni, Ngah." Si budak kecik sengih lagi. Pergi sinki cuci tangan, duduk di meja makan, baca doa, lepastu memang benda lain dia tak nampak dah, roti canai mama dia tu saja memenuhi fikiran serta perut dia, of course. 

--------------------------------

That 9 year old kid, will be 21 tomorrow.
Tinggi dia sudah lebih sikit dari tali ampaian rumah lama tu rasanya.
Sayangnya, level rajin dia jatuh mendadak berbanding dulu, tapi dia cuba hari-hari untuk naikkan balik.
(doakan dia berjaya capai matlamat yang ini, okay?)
Tapi dalam hati dia ayah dia masih jejaka paling hensem di dunia,
dan mama dia lah tukang masak terhebat seluruh alam semesta.
Kakaknya memang manusia paling selalu menyakat, tapi dia tahu level kekerapan menyakat itu directly proportional dengan level sayang kakaknya itu dengan adik-adik beliau.
Si baby comel pipi tembam sekarang sudah jadi Si Panjang Incredible Long, tapi pipi tembam tetap maintain masih sedap dicubit.




I wouldn't be here if it weren't for these people cheering me on every step of the way,
a hundred million thank yous wouldn't even suffice.
tadi mama tanya apa Angah mau untuk birthday kan? Angah kata tak ada apa laa kan.
tapi kalau dapat sambut birthday di rumah awesome jugak. ehehe.
yea yea, Angah RINDUUU everyone sebenarnyaaa! heheh.




8 comments:

  1. heyy, nak jugak gambar mcm tuuu ..
    laptop baba ku rosakk .. T_T

    anyway, Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke 21 ye Farihin...
    Semoga Allah memberkati usia mu yang sudah lepas dan yang akan datang ..
    semoga persahabatan kita ni membawa kita sama2 ke syurgaNya, insyaAllah ..

    *mesti kau rasa mcm aku terbuang tabiat sebentar, bukan? =p*

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rasa macam kau buang tebiat pun, rasa mcm kau nak bermanja ada lahhh. heheh :P

      Delete
  2. ANGAH I'm really touched...Didn't expect you could recall every single minute details.I miss all those moments too...I miss having all three of you around me most of the time.Mana tidaknya Along di KK, adek di Cyberjaya and you in Cairo. Hanya cukup quorum Hari Raya.To us both: all three of you are still our little angels who will just barge into our bedroom most Sunday morning and make our bed like trampoline!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huehuehue, angah rasa kalau dulu masa kecik-kecik setiap pagi weekdays angah akan pegi tido katil mamayah sebab kena teman adek masih tido kan? kalau takda orang teman dia tido sama-sama, nanti dia terbangun. kan? :D angah rindu jugak zaman kecik-kecik tuh, not a care in the world. i worried about PTS jak kali masa nih. heheh.

      Delete
  3. wow3.i wonder if i've ever had a memory so vivid like u have.haha.aku blh byg kot.inn yg nakal. =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. part study tak nak pulak memory aku vivid camni kan? haha. kena try utilise this vivid memory of mine for studying jugak nih! any tips? heheh. ehh munn, nakal ke aku? baik do aku, manade nakal :P

      Delete
  4. perrgghhh,in...i thought u creating a short novel.. rupenye based on true story..ur story! :)

    moga kanak2 9 tahun itu akan trus ceria dan have success dunia akhirat,insyaAllah :)

    ReplyDelete