a proud member

GRYFFINDOR
{ wear }

8.4.13

48.


Ibu tua matanya bercerita
tentang rindu pada anaknya..
digari besi tanpa usul periksa.
Jasad si anak lemah dipenjara..
namun kuat hati mudanya,
dipenuhi cinta pada yang Esa.
Dalam doa si ibu tua redha..
langsung tiada di hatinya 
melepas pergi dalam paksa
kerna anaknya mengimpikan syurga..
di sana nanti pasti kan kembali bersua.

di tanah kecil itu si anak riang berlari..
mukanya bersih matanya bercahaya
terimbas sekilas syahid impiannya
Ah! betapa lemah jiwa kita..
acapkali meminta dipanjangkan usia
Untuk apa? untuk apa sebenarnya?
Apa kau tak mengah mengejar duniawi?
hingga kau lupa di sana nanti itu lah yang abadi

katamu.. malam-malam mu sepi sunyi
sepi sendiri tiada siapa peduli
anak-anak yatim Palestina?
ada kau fikirkan sepi mereka?
sepi merindu pada ayah dan ibu
sepi yang hanya ditemani hujanan peluru..

kau tahu bagaimana zionism bermula?
seorang wartawan, melalui tulisannya!
angkatlah pena susun aksara
juga doa yang tak putus kirimannya
Lillahitaala, cukup itu senjata
percayalah sepenuhnya pada janjiNya!






4 comments:

  1. Tudiaa, hasil bacaan opthal.
    =p

    Nice one !
    inn dan bahasa, bagai keropok lekor dan cicahnya! Eh. Heheh.

    ReplyDelete
  2. peh. tajam ayat first awok tuh.
    tersedak koi :P

    weh mane nak dpt kopok lekor dgn cicah kat bumi pasir ni haa.. kau saje buat aku ngidam laa tot..
    aduhaiii hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. weh, koi tembok diri sendiri ni, sama2 tersedak la kite weyhh, hoohoo

      erk, kat bumi tanah gambut (yakinn je) ni pun dok jupe weh kepok lekor. nnt lah kita try buat kat bumi pasir kau tu ye, insyaAllah.

      ^_^

      Delete