a proud member

GRYFFINDOR
{ wear }

25.9.11

33.


sedih tu pada aku, macam air sungai yang mengalir deras.
konon kau bersemangat waja dengan tenaga serupa Hulk mahu atasi aliran deras tu.
padahal usaha kau yang konon kuat sehabis baik tu hanya buat kau lebih dahsyat lelahnya.
lebih dahsyat aliran sungai menghempas ganas badan kau.

pada aku. pada akulah..
lebih baik kau biar diri kau hanyut dibawa arus deras itu.
mungkin masa tu baru kau akan sedar betapa lembutnya air sungai yang konon deras tu,
membelai lembut badan kau. nikmat, sedap. kalah kerusi urut ogawa ratusan ringgit.

sampai satu tempat cetek yang kau rasa kurang aliran derasnya..
baru kau mula kumpul kekuatan, baru kau set otot-otot, tulang-temulang kau.
koordinasikan pergerakan kau.
biar jadi yang paling kukuh, 
supaya kau tak hilang, hanyut terus. 

dan jangan pulak kau biar diri kau leka.
hanyut dalam nikmat palsu aliran deras yang membuta mengalir laju.
lainlah kalau kau yang mahu, 
kau yang sendiri mahu jadi salah satu dalam ribuan mangsa yang terhempas ke batu.

tapi belaian lembut si aliran deras memang memikat, kan?

sedih itu, 
macam nikotin untuk si perokok.
macam coklat untuk si perawan.
memang sedap, nikmat. 
tapi kalau sudah lebih, kau sendiri yang sakit. 

terpulang,
kau mau hanyut berehat sebentar,
lalu bangkit lagi.
atau kau mau hanyut begitu sahaja.
lalu terhempas ke batu.





2 comments: